|
Kod Etika (“Kod”) mengawal antara lain tataurusan perniagaan anda, etika dan amalan-amalan sebagai Global Business Entrepreneur Uptrend2u™ (“Ahli”) serta hubungan anda dengan Ahli-ahli dan peniaga berbilang tingkat di dalam industri. Sebagai Ahli, anda diwajibkan membaca Kod ini dan memahami Kod ini dengan sepenuhnya serta mematuhi segala aspek kandungannya dengan tepat. Sebarang perlanggaran, keengganan mematuhi atau pencabulan Kod ini adalah perkara yang serius dan boleh mengakibatkan penamatan keahlian anda.
Uptrend Network Sdn. Bhd. (No. Syarikat 587955-U)(AJL931489) (Uptrend2u™, “Syarikat”) mempunyai kuasa untuk meminda atau mengemaskinikan Kod ini dan adalah menjadi tanggungjawab anda menyemak laman web rasmi Syarikat dari masa ke semasa terhadap segala pemindaan atau kemaskinian Kod ini. Selamanya anda meneruskan penyertaan dan menjalankan perniagaan akan dianggap sebagai persetujuan anda diikat janji dan mematuhi kepada Kod yang telah dipinda atau dikemaskinikan.
|
| |
|
1. TATAURUSAN TERHADAP BAKAL PENGGUNA ATAU PELANGGAN
|
|
1.1
|
Amalan-amalan Yang Dilarang
|
| |
Ahli-ahli tidak boleh menggunakan atau terlibat dalam sebarang jualan, promosi dan/atau amalan-amalan pemasaran yang tidak dibenarkan dari sisi undang-undang, yang tidak etikal, yang mengelirukan, yang tidak benar atau yang tidak adil.
|
| |
|
|
1.2
|
Pengenalan
|
| |
Dari peringkat permulaan penawaran jualan dikemukakan, Ahli-ahli hendaklah, tanpa dipinta, memperkenalkan diri dengan benar kepada bakal pelanggan, dan juga memperkenalkan Syarikat, produk dan perkhidmatan Syarikat serta tujuan penawaran mereka.
|
| |
|
|
1.3
|
Explanation and Demonstration
|
| |
Penerangan dan demonstrasi Pelan Pemasaran Syarikat (“Pelan Pemasaran”) produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan hendaklah tepat dan lengkap, khasnya mengenai harga dan, sekiranya berkenaan, harga, terma bayaran, tempoh bertenang dan/atau hak memulangkan, terma jaminan dan perkhidmatan selepas jualan dan penghantaran.
Ahli-ahli hendaklah ikhlas dan jujur mewakili kualiti, nilai dan prestasi produk serta perkhidmatan Syarikat dan mencerminkan ketulusan produk dan perkhidmatan Syarikat melalui perkataan, tindakan dan tataurusan.
|
| |
|
|
1.4
|
Jawapan Kepada Soalan
|
| |
Ahli-ahli hendaklah memberi jawapan yang tepat dan boleh difahami kepada semua soalan daripada bakal pelanggan mengenai produk, perkhidmatan dan/atau penawaran.
|
| |
|
|
1.5
|
Verbal Promises
|
| |
Ahli-ahli hendaklah hanya memberi janjian secara lisan mengenai produk dan/atau perkhidmatan yang telah diberi kuasa oleh Syarikat secara bertulis.
|
| |
|
|
1.6
|
Risalah
|
| |
Ahli-ahli hendaklah hanya menggunakan risalah, risalah promosi, iklan atau mel yang telah dibenarkan dan/atau dibekalkan oleh Syarikat.
|
| |
|
|
1.7
|
Perakuan
|
| |
Ahli-ahli tidak boleh merujuk kepada sebarang perakuan atau pengesahan yang tidak diberi kuasa oleh Syarikat, yang tidak benar, yang usang atau yang tidak lagi terpakai, tidak kena-mengena dengan penawaran atau digunakan dalam apa jua bentuk yang mungkin mengelirukan pengguna.
|
| |
|
|
1.8
|
Perbandinan dan Memperkecil-kecilkan
|
| |
Ahli-ahli hendaklah mengelakkan dari menggunakan perbandingan yang mungkin mengelirukan dan tidak secucuk dengan prinsip pertandingan adil. Perkara-perkara yang dibanding hendaklah tidak dipilih dengan cara tidak adil dan hendaklah berdasarkan fakta-fakta terbukti. Ahli-ahli tidak boleh memperkecil-kecilkan mana-mana firma atau produk dengan secara langsung atau tidak langsung. Ahli-ahli tidak boleh mempergunakan nama baik nama dagangan dan simbol firma atau produk yang lain.
|
| |
|
|
1.9
|
Menghormati Hak Bersendiri Individu
|
| |
Hubungan telefon atau persendirian hendaklah dibuat dengan cara dan pada waktu yang sesuai agar mengelakkan gangguan. Seseorang ahli hendaklah berhentikan demonstrasi atau penawaran jualan atas permintaan pengguna.
|
| |
|
|
1.10
|
Keadilan Terhadap Pelanggan/Pengguna
|
| |
Ahli-ahli tidak boleh menyalahgunakan kepercayaan seseorang pengguna, hendaklah menghormati kekurangan pengalaman perniagaan pengguna dan tidak boleh mengambil kesempatan umur, penyakit, kekurangan kefahaman atau kemahiran bahasa seseorang pengguna.
|
| |
|
|
1.11
|
Jualan Melalui Rujukan
|
| |
Ahli-ahli tidak boleh menarik pengguna membeli barang atau perkhidmatan dengan menawarkan kepada pengguna bahawa seseorang pengguna boleh mengurangkan atau mendapat balik wang pembelian dengan memperkenalkan pengguna-pengguna baru kepada penjual untuk membeli barangan yang sama, sekiranya pengurangan atau pembayaran balik adalah dikaitkan dengan perkara-perkara yang belum dapat dipastikan.
|
| |
|
|
1.12
|
Penghantaran
|
| |
Ahli-ahli hendaklah menghantarkan pesanan pelanggan dalam masa yang ditetapkan.
|
| |
|
|
1.13
|
Pengambilan Ahli
|
| |
Ahli-ahli tidak boleh menggunakan amalan rekrut yang salah dari sisi undang-undang, tidak beretika, mengelirukan , tidak benar atau tidak adil.
Kecuali diberi kebenaran secara rasmi oleh Syarikat, Ahli-ahli tidak boleh menawarkan hadiah percuma, cabutan bertuah atau insentif untuk menarik sesiapa menjadi Ahli pada bila-bila masa. Ahli-ahli tidak boleh memaksa atau mengancam sesiapa untuk menjadi Ahli pada bila-bila masa.
|
| |
|
|
1.14
|
Maklumat Perniagaan
|
| |
Maklumat yang diberi oleh Ahli-ahli kepada bakal Ahli/pengguna mengenai peluang dan hak-hak berkaitan serta kewajipan hendaklah tepat dan lengkap dan mestilah yang telah diluluskan oleh Syarikat. Pada bila-bila masa, Ahli-ahli tidak boleh memberi maklumat yang tidak dapat disahkan atau memberi janjian yang tidak dapat ditunai kepada bakal rekrut. Ahli-ahli tidak boleh menonjolkan kebaikan peluang jualan yang salah atau dengan cara yang tidak benar kepada bakal rekrut
|
| |
|
|
1.15
|
Tuntutan Keuntungan
|
| |
Ahli-ahli tidak boleh memberi gambaran palsu tentang jualan mereka yang sebenarnya atau yang dijangka, pendapatan atau keuntungan mereka. Sebarang fakta jualan, pendapatan atau keuntungan yang dikemukakan hendaklah berdasarkan fakta-fakta ternyata.
Ahli-ahli hendaklah memberi gambaran yang sebenarnya pulangan jangkaan Pelan Pemasaran. Ahli-ahli tidak boleh mengemukakan, membuat promosi dan/atau memasarkan Pelan Pemasaran Syarikat sebagai suatu Pelan Pelaburan atau Pelan “menjadi kaya dengan cepat”. Mengikut Pelan Pemasaran, Ahli-ahli dibayar berasaskan prestasi individu seperti jumlah jualan yang dicapai dan tidak dijamin sebarang pendapatan atau bonus atau dijanji sebarang kejayaan. Ahli-ahli hanya boleh menjana pendapatan melalui bekerja keras dan usaha sendiri setiap individu.
|
| |
|
|
1.16
|
Yuran
|
| |
Selain dari yuran pendaftaran dan yuran-yuran lain yang dikenakan oleh Syarikat yang hendaklah dibayar kepada Syarikat, Ahli-ahli tidak boleh meminta bakal Ahli/rekrut membayar sebarang yuran termasuk tanpa batasan, yuran latihan, yuran francais, yuran bahan promosi atau yuran-yuran lain yang berkaitan dengan hak menyertai perniagaan.
|
| |
|
|
2. TATAURUSAN SESAMA AHLI & TERHADAP PEDAGANG-PEDAGANG BERBILANG TINGKAT YANG LAIN
|
|
2.1
|
Keadilan Sesama Ahli
|
| |
Ahli-ahli hendaklah berurusan dengan Ahli-ahli lain dengan cara adil.
|
| |
|
|
2.2
|
Mencuri Ahli
|
| |
Ahli-ahli tidak boleh secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi/meyakinkan atau cuba mempengaruhi/meyakinkan bakal rekrut menjadi/mendaftar di bawah dia di mana bakal rekrut telah bersetuju menjadi/mendaftar di bawah Ahli yang lain. Misalnya, larangan ini terpakai apabila seseorang Ahli mendapatkan rekrutnya di Mesyuarat Peluang Usahawan (Entrepreneur Opportunity Meetings, EOM) dan dia sedar bahawa bakal rekrut itu dijemput oleh ahli yang lain.
Ahli-ahli tidak boleh dengan secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi/meyakinkan atau cuba mempengaruhi/meyakinkan Ahli yang sedia ada menjadi/mendaftar di bawahnya dengan nama/identiti yang lain.
|
| |
|
|
2.3
|
Pujukan
|
| |
Ahli-ahli tidak boleh memujuk atau cuba menawarkan mana-mana pedagang-pedagang berbilang tingkat dari syarikat-syarikat lain dengan cara pujukan sistematik.
|
| |
|
|
2.4
|
Memperkecil-kecilkan
|
| |
Ahli-ahli tidak boleh memperkecil-kecilkan produk , jumlah jualan dan Pelan Pemasaran atau apa jua ciri-ciri syarikat yang lain.
|
| |
|
|
3. AM
|
|
3.1
|
Kaedah dan Peraturan
|
| |
Kod ini ditafsirkan bersama Polisi dan Prosedur Global Business Entrepreneur Syarikat, Pelan Pemasaran dan terma dan syarat standard keahlian yang ternyata di borang keahlian (terkumpul sebagai “Kaedah dan Peraturan”) yang antara lain mengawal aktiviti-aktiviti perniagaan serta tataurusan Ahli.
Kaedah dan Peraturan hendaklah ditafsir menurut susunan kepentingan berikut: (i) Polisi dan Prosedur Global Business Entrepreneur Syarikat; (ii) Kod Etika; (iii)Pelan Pemasaran: dan (iv) terma dan syarat standard keahlian yang ternyata di borang keahlian. Apabila berlaku konflik antara peruntukan yang terkandung di dalam dua atau lebih dokumen tersebut, dokumen yang disebut lebih rendah dalam susunan kepentingan hendaklah dipakai dengan seberapa boleh untuk menyelesaikan konflik. Sekiranya konflik itu masih tidak dapat diselesaikan dengan cara tersebut, peruntukan-peruntukan berkonflik hendaklah dikeluarkan dari dokumen yang lebih rendah dalam susunan kepentingan tanpa menjejaskan penguatkuasaan peruntukan-peruntukan yang tertinggal dalam dokumen berkaitan.
|
| |
|
|
3.2
|
Penguatkuasaan Kod
|
| |
Tindakan-tindakan akan ditentukan oleh Syarikat tentang seseorang Ahli yang melanggar Kod, keengganan mematuhi atau pencabulan Kod termasuk tanpa batasan, penamatan keahlian Ahli dengan Syarikat, meletak Ahli di bawah pengawasan, atau tindakan lain yang sesuai atau wajar sebagaimana yang dianggap memadai oleh Syarikat. Untuk mengelakkan pengeliruan, tindakan-tindakan tersebut yang diambil oleh Syarikat hendaklah selain daripada dan tanpa menjejaskan sebarang hak atau cara-cara untuk mengatasinya yang ada pada Syarikat di bawah Kaedah dan Peraturan, di sisi undang-undang atau di undang-undang terutama.
Walau bagaimanapun, kegagalan Syarikat menguatkuasakan Kod terhadap mana-mana Ahli pada bila-bila masa tidak akan membangkit sebarang tuntutan oleh mana-mana Ahli yang lain atau pihak ketiga.
|
| |
|
|
3.3
|
Pengenepian
|
| |
Kegagalan Syarikat menguatkuasa, pada bila-bila masa, mana-mana peruntukan Kod ini tidak boleh dianggap sebagai pengenepian hak-hak memperkuatkuasakan perlanggaran peruntukan sedemikian atau peruntukan-peruntukan lain Kod ini atau sebagai pengenepian sebarang penerusan, pengambilalihan atau perlanggaran berikutnya peruntukan-peruntukan sedemikian atau peruntukan-peruntukan lain Kod ini.
|
| |
|
|
3.4
|
Pembatalan
|
| |
Sekiranya mana-mana peruntukan Kod ini (atau sebahagian daripadanya) dianggap tidak benar dari sisi Syarat-syarat, tidak sah bawah Syarat-syarat kini atau pada masa akan datang atau peraturan-peraturan yang berkesan serta terpakai semasa Kod ini dilanjutkan, peruntukan sedemikian (atau sebahagian daripadanya) hendaklah dibatalkan sepenuhnya dan Kod ini hendaklah dianggap seolah-olah peruntukan sedemikian yang tidak dibenarkan dari sisi Syarat-syarat atau tidak sah (atau sebahagian daripadanya) tidak pernah menjadi sebahagian Kod ini dan peruntukan-peruntukan Kod ini yang tertinggal hendaklah masih mempunyai kuasa dan berkesan sepenuhnya dan tidak boleh dihampa oleh peruntukan yang tidak dibenarkan dari sisi Syarat-syarat atau tidak sah (atau sebahagian daripadanya) atau pembatalannya dari Kod ini.
|
| |
|
|
3.5
|
"Rules of Construction"
|
| |
Tiada peraturan tafsiran (‘rules of construction’) terpakai bagi menyebabkan sesuatu pihak kerana pihak berkaitan bertanggungjawab untuk menyediakan Kod ini atau mana-mana bahagiannya.
|
| |
|
|
3.6
|
Penterjemahan
|
| |
Sekiranya berlaku sebarang ketidak serasian atau konflik antara Kod ini dalam Bahasa Inggeris dan Kod ini dalam bahasa-bahasa lain yang telah diterjemah daripadanya, Kod ini dalam Bahasa Inggeris hendaklah diutamakan dalam keadaan ketidak serasian atau konflik sedemikian.
|
|
|