Uptrend2u
Pertanyaan
 
  Deskripsi Bisnis
  Omega Plus ClensUp
  SCALAR ENERGY EMR
  LumiGlow
  Coffee X'Sotika
 
 
Laman Utama / Pertanyaan
 
SCALAR ENERGY EMR


EMR Shield

1.

Apakah Radiasi E.M.F.?

 

Radiasi E.M.F adalah Radiasi Medan Elektro Magnetik, iaitu kekerapan atau frekuensi berpotensi bahaya yang terhasil apabila telefon bimbit digunakan. Radiasi tanpa liputan ion dari kekerapan rendah yang terdapat pada telefon bimbit buatan awal dikira selamat pada mulanya. Pendapat ini berubah setelah pembuatan telefon bimbit meningkat dari kadar radio yang rendah kepada gelombang mikro yang lebih tinggi.

   

2.

Apakah perbezaan antara Gelombang Radio dan Gelombang Mikro?

 

Gelombang Radio mempunyai tahap pancaran kuasa rendah untuk penghantaran isyarat dari dan ke telefon bimbit anda. Radiasi kekerapan tanpa liputan ion ini disahkan selamat. Telefon bimbit masa kini mempunyai kuasa 900MHZ ke 2.4GIGS atau lebih agar panggilan yang dilakukan tidak terganggu dan terputus secara tiba-tiba, tetapi telefon bimbit anda telah sampai ke tahap kuasa sinaran Gelombang Mikro/ gelombang infrared.

   

3.

Adakah telefon bimbit berbahaya?

 

Beberapa kajian menunjukkan radiasi kekerapan radio daripada telefon yang menggunakan alat pemancar tanpa wayar boleh mengakibatkan kerosakan genetik dalam darah manusia. Kajian lain pula membongkar peningkatan statistik ketumbuhan otak neuroepithelial’ di kalangan pengguna telefon bimbit.

Pada tahun 2004, kajian merangkumi 750 orang oleh Institut Karolinska Sweden membuktikan bahawa penggunaan telefon bimbit lebih dari 10 tahun boleh meningkatkan 4 kali ganda risiko ketumbuhan dalam telinga.

   

4.

Adakah pertanda berbahaya apabila telefon bimbit digunakan secara berlebihan?

 

Ramai pengguna melaporkan pertanda seperti telefon menjadi hangat, pening kepala, kelesuan, rasa seumpama disengat dan juga hilang ingatan. Kajian yang dikendalikan oleh saintis Eropah merangkumi remaja berumur bawah 16 tahun melaporkan kehilangan ingatan jangka pendek (sehingga 50 minit) selepas telefon bimbit digunakan.

   

5.

Bagaimanakah SCALAR ENERGY EMR SHIELD berfungsi?

 

SCALAR ENERGY EMR SHIELD dihasilkan dari penggunaan teknologi maju bahan Bio Ceramic dari Jepun yang mampu untuk menghasilkan Tenaga Scalar, sinaran Far Infrared dan Ion Negatif yang menghapus serta membatalkan kesan Radiasi Elektro Magnetik yang berbahaya, dan melindungi anda serta keluarga dari bahaya radiasi telefon bimbit.

   

6.

Berapa lamakah SCALAR ENERGY EMR SHIELD boleh digunakan? Adakah ianya perlu ditukar setiap tahun?

 

SCALAR ENERGY EMR SHIELD akan mengurangkan radiasi kekerapan radio sepanjang hayat telefon bimbit anda. SCALAR ENERGY EMR SHIELD tidak boleh dipindahkan kepada telefon yang lain setelah digunakan. Ini disebabkan patrian 3M tidak akan dapat berfungsi lagi. Sekiranya telefon bimbit baru diperolehi, SCALAR ENERGY EMR SHIELD baru harus digunakan.

   

7.

Adakah SCALAR ENERGY EMR SHIELD sesuai untuk telefon bimbit saya?

 

Ya. SCALAR ENERGY EMR SHIELD sesuai untuk telefon bimbit anda. EMR SHIELD perlu dilekatkan pada bahagian belakang telefon bimbit berdekatan dengan alat pemancar. Alat pemancar atau penerima gelombang biasanya tidak berdekatan dengan lokasi bateri. Oleh itu, tempat terbaik adalah pada bahagian tengah telefon bimbit yang tidak berdekatan dengan kedudukan bateri. Sekiranya lokasi bateri berada di bahagian bawah telefon bimbit, EMR SHIELD boleh dilekatkan pada bahagian tengah sebelah atas. Jika saiz EMR SHIELD terlalu besar, ia boleh dikemaskini mengikut ukuran yang sesuai.

Biocera

1.

Kenapakah air sangat penting kepada kita?

 

Air ialah salah satu perkara yang paling penting di dalam kehidupan. Tubuh manusia juga terdiri daripada 70% air, kita boleh hidup beberapa minggu tanpa makanan tetapi jika tanpa air, kita cuma boleh hidup beberapa hari sahaja.

   

2.

Pengambilan air saya adalah sebanyak 2 liter sehari, adakah itu sudah mencukupi?

 

Memang benar bahawa seseorang individu perlu mengambil air sebanyak 2 liter sehari. Walaubagaimana pun, terdapat banyak diskusi mengenai kualiti air sejak kebelakangan ini. Ini adalah kerana terdapat banyak bekalan air yang tidak sempurna ataupun telah dicemari oleh bahan kimia berbahaya. Pakar kesihatan percaya air paip yang berkualiti rendah boleh menjejaskan kesihatan, lebih-lebih lagi sekiranya kita bergantung kepada air paip sebagai bekalan air utama.

   

3.

Air jenis apakah yang patut saya minum?

 

Dr Jeon Hyoung Tag, salah seorang saintis terkemuka di Korea, yang terkenal dengan kajiannya mengenai air minuman, menyarankan pengambilan Air Antioksidan Beralkali Biocera sebagai air minuman untuk mengembalikan keseimbangan pH dan meneutralkan radikal bebas untuk memaksimakan perlindungan kesihatan.

   

4.

Apakah Air Antioksidan Beralkali Biocera?

 

Air Antioksidan Beralkali Biocera ialah air tapisan yang berkualiti ditapis oleh Sistem Penapisan Air Antioksidan Beralkali Biocera, berhasil dari kajian 10 tahun Dr Jeon Hyoung Tag. Dengan penggunaan bebola Seramik Biocera yang telah dipatenkan, bebola sistem penapisan ini menghilangkan kotoran dalam air termasuk mikroorganisma, sisa kimia, logam berat dan pada masa yang sama menghasilkan bahan-bahan berkhasiat seperti bahan antiOksidan dan garam galian untuk kesihatan tubuh.

   

5.

Siapakah Dr Jeon Hyoung Tag?

 

Dr Jeon Hyoung Tag ialah pengasas sistem penapisan ini di mana beliau telah banyak memenangi anugerah yang berprestij termasuk Anugerah Kepintaran diberi oleh Presiden Korea.

   

6.

Adakah Air Antioksidan Beralkali Biocera selamat diminum?

 

Air Antioksidan Beralkali Biocera bukan sahaja selamat diminum malahan ia amat baik untuk kesihatan tubuh anda. Sistem Penapisan Air Antioksidan Beralkali Biocera ini telah disahkan oleh’Food and Drug Administrationof America’ dan Persatuan Kualiti Air (’Water Quality Association’, WQA). Sistem ini juga merupakan satu-satunya sistem penapisan air yang mendapat pengiktirafan daripada ’The Korean Food and Drug Administration’ sebagai sistem penapisan yang menghasilkan air beralkali (pH antara 8.5 dan 9.5) dan kaya dengan bahan antiOksidan. Ditambah lagi dengan gugusan air yang kecil (51.497Hz), air ini membantu menghidratkan sel-sel anda dengan lebih berkesan.

   

7.

Perlukah saya terus meminum Air Antioksidan Beralkali Biocera?

 

Air yang telah ditapis dengan menggunakan sistem penapisan ini adalah lebih elok diminum dalam masa beberapa jam untuk faedah yang maksima.

   

8.

Bolehkah saya menyimpan Air Antioksidan Beralkali Biocera di dalam botol?

 

Anda boleh berbuat demikian. Air Antioksidan Beralkali Biocera ini tahan lama apabila disimpan di dalam botol yang ditutup rapat.

   

9.

Bolehkah Air Antioksidan Beralkali Biocera ini dimasak?

 

Tidak disyorkan berbuat demikian kerana suhu tinggi boleh merosakkan sifat antiOksidan di dalam air tersebut, maka keistimewaan air tersebut akan hilang.

   

10.

Adakah Air Antioksidan Beralkali Biocera ini telah diuji oleh SIRIM?

 

Ya, ia telah diuji oleh SIRIM QAS International.

   

11.

Adakah sistem penapisan ini Halal?

 

Ya, sistem ini telah disahkan Halal.